Mengajar memang minat saya. Oleh itu saya pernah membuat keputusan untuk menjadikan ‘pensyarah’ sebagai karier saya. Namun, saya sedar bahawa laluan saya ke arah itu terlalu sukar. Hampir semua peluang yang ada, saya usahakan sebaiknya dalam keadaan saya percaya dan yakin dengan ‘jalan cerita’Nya yang penuh hikmah.
Bahkan keputusan saya untuk menjadi Sales Enginner juga disebabkan saya suka untuk memberi talk dan user training kepada clients. Ketika kerja makan gaji sebagai Sales Engineer atau Business Executive, saya langsung tak berminat untuk mengejar sales performance yang dinilai setiap hari oleh supervisor. Saya boleh bersembang berjam-jam bersama clients tanpa bercerita soal harga dan jualan. 70% perbualan saya bercerita tentang pengetahuan dan kehidupan. Serba salah juga saya dibuatnya. Bekerja dengan hati yang separuh-separuh. Tidak sepenuh hati.
Program-program pengisian- kursus, motivasi, latihan dan seumpamanya ialah aktiviti kegemaran saya sejak di zaman kampus. Dengan penglibatan aktif dalam beberapa persatuan dan NGO, terlalu banyak jalan mudah untuk menjana wang dan idea ketika masih memegang status mahasiswa. Terlalu besar ruang untuk kita sendiri berfikir untuk mengisi dada-dada muslim dengan pengisian membangun jiwa. Saya berfikir, sudah tentu ini lebih seronok. Melibatkan diri dalam dunia consultancy merupakan alternatif yang baik untuk proses intregasi kebolehan setelah menjauhi usia kampus. Saya mula meninjau peluang-peluang yang ada.
![]() |
Program Motivasi Al-Quran anjuran Infitah Training & Consultancy. Pada hari pertama program, saya diberi amanah untuk menjadi ketua fasilitator (5-9 Disember 2011) |
Minat saya terlalu berbagai. Ringkasnya, minat saya dalam melukis kartun, capability untuk membuat sales, dan gemar dunia mensyarah boleh di’zip file’kan dalam dunia consultancy. Menjadi pensyarah di alam selain universiti, menjadi kartunis bukan semestinya dalam dunia majalah, dan menjadi business executive tanpa bekerja dalam suasana yang penuh ‘KPI’. Saya percaya, peluang yang ada lebih dari itu. Saya temui satu demi satu. Untuk yang pertama, saya bersama team Infitah Training & Consultancy untuk membantu mereka mengembangkan dunia pendidikan dan dakwah Islam. Mereka ada cara mereka sendiri. Namun, saya selesa dan serasi dengan idea dan konsep yang dikongsi. Mudah-mudahan, Brotherhood Academy dapat berjalan seiring dengan nada kerjasama.
No comments:
Post a Comment