Perasankah tagline blog bro.faruqi ialah ‘Fear & Trust’?
Apa yang menarik perhatian saya tentang dua perkataan ini? Seperti lebih patut dipasangkan ‘Love & Trust’ atau ‘_______(sila isi sendiri) & Trust’. Sebab itu, perkataan yang lebih tepat untuk digunakan ialah fear (taqwa). Biar kita bercerita panjang tentang taqwa pada entri saya akan datang. Kita beri perhatian kepada kombinasi 'taqwa' dan 'tawakkal'.
Dua perkataan ini yang menjadi inspirasi dan motivasi saya untuk ‘memunggah’ nilai diri saya sendiri. Sudah genap setahun saya bekerja makan gaji. Saya gagal melihat untuk apa saya bekerja. Bukan tak nampak langsung tujuan bekerja. Akan tetapi, saya hanya dapat melihat duit keluar masuk. Ia mungkin bernilai dari sudut Physical (P), akan tetapi agak kontang dengan nilai Intellectual (I), Emotional (E) dan Spiritual (S).
Apatahlagi tugas sebagai eksekutif yang jobscope nya menuntut kepada memenuhi kehendak syarikat setiap masa Sudah tentu ia sangat memberi kesan kepada emosi. Bekerja dalam suasana yang penuh KPI sehingga kadang kala membantut kemampuan individu pekerja. KPI yang asalnya dibuat sebagai support system diharapkan dapat membantu memberi tenaga kepada setiap pekerja melihat persembahan kerja mereka setiap hari, minggu, bulan dan tahun kelihatannya seperti terlalu membeban dan lebih menyumbang kepada suasana bekerja yang tidak kondusif.
Jika diperhatikan, generasi kini mempunyai kecenderungan untuk bekerja sendiri. Istilah freelance sudah menjadi sinonim. Prosedur untuk mendaftar syarikat sendiri terlalu mudah dan murah. Manusia kini menjadi semakin memilih walaupun pengalaman bekerja masih bertatih. Daripada koleksi rungutan yang biasa saya dengar, saya boleh katakan mereka tiada motivasi dalam E, dan lebih menyedihkan mungkin tidak terlintas memikirkan keperluan spiritual.
6.
Apabila kita bercakap soal office hour, maka tajuk itu akan bercambah kepada isu curi tulang, kerja yang tak berkait dengan hal pejabat, tidur, facebook, jobscope dan sebagainya. Belum lagi dikaitkan dengan wang tuntutan (claim), wang bawah meja, wang entertainment, dan berbagai lagi istilah yang aneh. Pekerja sendiri terdedah kepada hilangnya keberkatan kerja. Kononnya "..benda ni biasa. Buat pejam sebelah mata sudah. Kalau tak, kau tak ke mana". Saya lebih rela tak ke mana dari ke neraka. Kebanyakannya ialah soal berkat. Bukankah perkara-perkara di atas ialah persoalan asas bagi seorang muslim untuk mencari rezeki? Sebab itu, saya kembali kepada JANJI yang pasti. Iaitu Taqwa dan Tawakkal. Kerana yang akan penuhi janji ini ialah saya dan pencipta saya. Ath-Thalaq:2-3 ialah booster dalam jiwa saya.
Saya melihat wajah-wajah bungkam di ofis apabila bos mengisytiharkan tiada bonus. Tak kurang juga ada yang bersungguh menunjukkan kekecewaan dengan gaya kreativiti masing-masing dengan berita itu. Sebagai pekerja makan gaji, kelewatan ‘gaji masuk’ juga sesuatu yang mengerikan. Keadaan ini berlaku di mana-mana. Seolah-olah inilah simptom kepada 'beriman' kepada syarikat yang memberi rezeki. Hanya syarikatlah punca rezekiku. Sedangkan di luar sana ada 1001 jalan rezeki lain yang Allah limpahkan kepada manusia. Dari sudut sunnatullah, beza antara manusia miskin dan kaya hanyalah malas dan kurang usaha. Bukan kurang harta dan benda.
Tetapi kebanyakan kita seperti telah didoktrin dengan hanya satu atau dua pilihan hidup. Sedangkan dengan jelas, hitam dan putih termaktub zaman berzaman perjanjian Allah dengan manusia bahawa Allah janjikan jalan keluar apabila kita menjaga taqwa. Jagalah taqwa..! Apakah kaitan peristiwa-peristiwa ini dengan ayat ath-Talaq di atas? Anda lebih tahu.
Tetapi kebanyakan kita seperti telah didoktrin dengan hanya satu atau dua pilihan hidup. Sedangkan dengan jelas, hitam dan putih termaktub zaman berzaman perjanjian Allah dengan manusia bahawa Allah janjikan jalan keluar apabila kita menjaga taqwa. Jagalah taqwa..! Apakah kaitan peristiwa-peristiwa ini dengan ayat ath-Talaq di atas? Anda lebih tahu.
Secara peribadi, saya langsung tidak menolak idea untuk bekerja makan gaji. Banyak profession yang memberi ruang yang besar untuk kita menyumbang secara optimum kepada masyarakat. Saya sanggup bekerja begitu. Bekerja dengan efisiensi yang optimum. Bukan seperti kebiasaannya, “I pretend to work as long as they pretend to pay me”.
Bekerja, bukan hanya isu duit...!
Salam...tahniah, bro...mula berkarya kembali. Moga hidup terus diberkati Tuan Faruqi.
ReplyDelete-'ain
Terima kasih Ain Insyirah.. (maaf, sblm ni ada masalah nak komen di entry sndr).. ^^
ReplyDeleteSama-sama...tiada masalah...mungkin bidang 'coaching' sesuai dgn jiwa Bro...berpencak dengan Tuan Fazrul Fahmi dan Us Hasrizal...
ReplyDeleteBtw, Ain Insyirah.. Do I know u..? Sorry, ada ramai kawan nama Ain.. ^^
Deleteyes, kawan lama...yup, nama 'Ain banyak orang suka guna dan menjadi pilihan dalam memberikan nama...
ReplyDeleteTak sangka enta (ups...Bro) jumpa juga dengan Tuan Fazrul, yang suatu ketika dahulu pernah introduce kepada Bro...semoga terus sukses, Bro dan selamat bergelar bapa tak lama lagi...