Jika hobi anda ialah memancing, adakah anda rasa tertekan jika anda perlu memancing sehingga pukul 3.00 pagi? Jika hobi anda melukis, adakah melukis sebelum tidur itu suatu tekanan? Jika hobi anda membaca, adakah perpustakaan itu tempat yang membosankan bagi anda? Dengan kadar sederhana, setiap dari kita pasti bersepakat bahawa mereka tiada masalah dengan apa yang mereka lakukan. Kerana apabila bercakap tentang hobi, tiada istilah overtime (OT), working hours, atau tuntutan (claim). OT dan working hours tidak didefinisikan, bahkan claim itu dianggap laburan (investment).
Sesetengah manusia pula mungkin memandang pekerjaan mereka sebagai tuntutan. Tak minat, tapi terus bekerja atas rasa tanggungjawab. Sudah belajar bidang kedoktoran hingga jika terfikir ingin menukar professi, ia merupakan kezaliman dan ‘pengkhianatan’ terhadap ilmu yang dipelajari bertahun-tahun. Redha walaupun semakin sedar diri sendiri tidak minat bekerja sebagai doktor. Begitu juga konflik yang berlaku di kalangan pelajar kejuruteraan, pengajian Islam, sains sukan dan sebagainya. Namun, mereka masih boleh mengutip motivasi dari berbagai sumber untuk mengekalkan prestasi dan meningkatkan minat. Apakah yang lebih teruk?
Lebih teruk apabila segolongan manusia yang lain bekerja tanpa ada minat, tanpa rasa ia merupakan tuntutan, bahkan sekadar ulang alik ke tempat kerja dengan perasaan yang kosong. Rutinnya aimless. Biasanya faktor pendesaknya ialah wang atau nilai fizikal yang lain. Jarang ada cabaran dalam pekerjaan. Mungkin suasana kerjanya warna warni tetapi kebanyakan warnanya ialah kelabu dan gelap. Terlalu kurang unsur motivasi internal. Teruk juga saya mencirikan dunia kategori ketiga ini. Namun, gaya kerja begini wujud merata-rata. Saya percaya, wujud kategori yang keempat, kelima dan seterusnya. Teori rambang saya ini hanya terbina atas pengalaman yang terlalu kerdil. Cuma menarik dibincangkan apabila saya melihat perkara ini berlaku secara konsisten dalam dunia pekerja.
Orang yang berjaya menjadikan kerja itu hobi biasanya boleh bekerja tanpa limit masa tertentu, tempat tertentu, dan kayu ukur tertentu. Seorang kartunis, yang memang minatnya melukis tiada masalah untuk melukis bila-bila masa yang dia kehendaki, bahkan melukis di kedai kopi pun boleh menjadi. Kerjanya akan jauh lebih efisyen apabila minat (emosi), bakat atau kepakaran (intelek), berinteraksi dengan wang (fizikal) dengan nada harmoni. Semuanya menjadi modal motivasi untuk kartunis itu bekerja dengan cemerlang. Bahkan kartunis tersebut sanggup belajar lebih untuk meningkatkan mutu, kualiti dan persembahan hasil seninya. Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dan berbagai perisian grafik ialah salah satu ruang improvement yang akan menjadi ‘permainan’ mereka.
Apabila manusia semakin berfikir nilai-nilai ini, manusia semakin bersifat ‘memberontak’ terhadap sesuatu yang mengongkong salah satu elemen tersebut. Bayangkan kerjaya kartunis hanya boleh dilakukan batasan waktu tertentu sahaja. Elemen emosi (E) akan terjejas. Bagaimana pula jika kartunis itu dibayar secara tetap sebanyak RM1500 sebulan sedangkan dia mampu peroleh jauh lebih banyak dengan kadar usahanya? Eleman fizikal (P) akan terjejas. Atau bagaimana jika dia menjadi kartunis bukan kerana kepakaran atau bakatnya? Elemen yang terjejas dari awal lagi ialah elemen intelek (I). Sedar tak sedar, elemen yang menjadi tunjang kepada semua ini ialah elemen rohani (S).
Suasana budaya kerja yang kondusif perlu dibina dengan cermat supaya semua nilai dalam elemen-elemen boleh berfungsi dengan optimum. Kenali potensi diri, berfikir hala tuju umur dunia, sentiasalah ingat status hamba kita untuk martabat hidup yang lebih mulia di ‘sana’.
Thanks faruqi =) Cuma nak komen tulisan entry blog ni rapat2...cuba guna font lain...just cadangan je...
ReplyDeleteTerima kasih kembali.. ^^ Tulisan dah tukar. Sgt hargai komen yg diberi.. :)
Delete