Thursday, December 29, 2011

Apabila Hobi Menjadi Kerja


Jika hobi anda ialah memancing, adakah anda rasa tertekan jika anda perlu memancing sehingga pukul 3.00 pagi? Jika hobi anda melukis, adakah melukis sebelum tidur itu suatu tekanan? Jika hobi anda membaca, adakah perpustakaan itu tempat yang membosankan bagi anda? Dengan kadar sederhana, setiap dari kita pasti bersepakat bahawa mereka tiada masalah dengan apa yang mereka lakukan. Kerana apabila bercakap tentang hobi, tiada istilah overtime (OT), working hours, atau tuntutan (claim). OT dan working hours tidak didefinisikan, bahkan claim itu dianggap laburan (investment).

Sesetengah manusia pula mungkin memandang pekerjaan mereka sebagai tuntutan. Tak minat, tapi terus bekerja atas rasa tanggungjawab. Sudah belajar bidang kedoktoran hingga jika terfikir ingin menukar professi, ia merupakan kezaliman dan ‘pengkhianatan’ terhadap ilmu yang dipelajari bertahun-tahun. Redha walaupun semakin sedar diri sendiri tidak minat bekerja sebagai doktor. Begitu juga konflik yang berlaku di kalangan pelajar kejuruteraan, pengajian Islam, sains sukan dan sebagainya. Namun, mereka masih boleh mengutip motivasi dari berbagai sumber untuk mengekalkan prestasi dan meningkatkan minat. Apakah yang lebih teruk?

Lebih teruk apabila segolongan manusia yang lain bekerja tanpa ada minat, tanpa rasa ia merupakan tuntutan, bahkan sekadar ulang alik ke tempat kerja dengan perasaan yang kosong. Rutinnya aimless. Biasanya faktor pendesaknya ialah wang atau nilai fizikal yang lain. Jarang ada cabaran dalam pekerjaan. Mungkin suasana kerjanya warna warni tetapi kebanyakan warnanya ialah kelabu dan gelap. Terlalu kurang unsur motivasi internal. Teruk juga saya mencirikan dunia kategori ketiga ini. Namun, gaya kerja begini wujud merata-rata. Saya percaya, wujud kategori yang keempat, kelima dan seterusnya. Teori rambang saya ini hanya terbina atas pengalaman yang terlalu kerdil. Cuma menarik dibincangkan apabila saya melihat perkara ini berlaku secara konsisten dalam dunia pekerja.

Orang yang berjaya menjadikan kerja itu hobi biasanya boleh bekerja tanpa limit masa tertentu, tempat tertentu, dan kayu ukur tertentu. Seorang kartunis, yang memang minatnya melukis tiada masalah untuk melukis bila-bila masa yang dia kehendaki, bahkan melukis di kedai kopi pun boleh menjadi. Kerjanya akan jauh lebih efisyen apabila minat (emosi), bakat atau kepakaran (intelek), berinteraksi dengan wang (fizikal) dengan nada harmoni. Semuanya menjadi modal motivasi untuk kartunis itu bekerja dengan cemerlang.  Bahkan kartunis tersebut sanggup belajar lebih untuk meningkatkan mutu, kualiti dan persembahan hasil seninya. Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dan berbagai perisian grafik ialah salah satu ruang improvement yang akan menjadi ‘permainan’ mereka.

Apabila manusia semakin berfikir nilai-nilai ini, manusia semakin bersifat ‘memberontak’ terhadap sesuatu yang mengongkong salah satu elemen tersebut. Bayangkan kerjaya kartunis hanya boleh dilakukan batasan waktu tertentu sahaja. Elemen emosi (E) akan terjejas. Bagaimana pula jika kartunis itu dibayar secara tetap sebanyak RM1500 sebulan sedangkan dia mampu peroleh jauh lebih banyak dengan kadar usahanya? Eleman fizikal (P) akan terjejas. Atau bagaimana jika dia menjadi kartunis bukan kerana kepakaran atau bakatnya? Elemen yang terjejas dari awal lagi ialah elemen intelek (I). Sedar tak sedar, elemen yang menjadi tunjang kepada semua ini ialah elemen rohani (S).

Suasana budaya kerja yang kondusif perlu dibina dengan cermat supaya semua nilai dalam elemen-elemen boleh berfungsi dengan optimum. Kenali potensi diri, berfikir hala tuju umur dunia, sentiasalah ingat status hamba kita untuk martabat hidup yang lebih mulia di ‘sana’.

Thursday, December 15, 2011

Program Motivasi Al-Quran (MAQ)

Mengajar memang minat saya. Oleh itu saya pernah membuat keputusan untuk  menjadikan ‘pensyarah’ sebagai karier saya. Namun, saya sedar bahawa laluan saya ke arah itu terlalu sukar. Hampir semua peluang yang ada, saya usahakan sebaiknya dalam keadaan saya percaya dan yakin dengan ‘jalan cerita’Nya yang penuh hikmah.
Bahkan keputusan saya untuk menjadi Sales Enginner juga disebabkan saya suka untuk memberi talk dan user training kepada clients. Ketika kerja makan gaji sebagai Sales Engineer atau Business Executive, saya langsung tak berminat untuk mengejar sales performance yang dinilai setiap hari oleh supervisor. Saya boleh bersembang berjam-jam bersama clients tanpa bercerita soal harga dan jualan. 70% perbualan saya bercerita tentang pengetahuan dan kehidupan. Serba salah juga saya dibuatnya. Bekerja dengan hati yang separuh-separuh. Tidak sepenuh hati.

Program-program pengisian- kursus, motivasi, latihan dan seumpamanya ialah aktiviti kegemaran saya sejak di zaman kampus. Dengan penglibatan aktif dalam beberapa persatuan dan NGO, terlalu banyak jalan mudah untuk menjana wang dan idea ketika masih memegang status mahasiswa. Terlalu besar ruang untuk kita sendiri berfikir untuk mengisi dada-dada muslim dengan pengisian membangun jiwa. Saya berfikir, sudah tentu ini lebih seronok. Melibatkan diri dalam dunia consultancy merupakan alternatif yang baik untuk proses intregasi kebolehan setelah menjauhi usia kampus. Saya mula meninjau peluang-peluang yang ada.

Program Motivasi Al-Quran anjuran Infitah Training & Consultancy. Pada hari pertama program, saya diberi amanah untuk menjadi ketua fasilitator (5-9 Disember 2011)

Minat saya terlalu berbagai. Ringkasnya, minat saya dalam melukis kartun, capability untuk membuat sales, dan gemar dunia mensyarah boleh di’zip file’kan dalam dunia consultancy. Menjadi pensyarah di alam selain universiti, menjadi kartunis bukan semestinya dalam dunia majalah, dan menjadi business executive tanpa bekerja dalam suasana yang penuh ‘KPI’. Saya percaya, peluang yang ada lebih dari itu. Saya temui satu demi satu. Untuk yang pertama, saya bersama team Infitah Training & Consultancy untuk membantu mereka mengembangkan dunia pendidikan dan dakwah Islam. Mereka ada cara mereka sendiri. Namun, saya selesa dan serasi dengan idea dan konsep yang dikongsi. Mudah-mudahan, Brotherhood Academy dapat berjalan seiring dengan nada kerjasama.

Tuesday, October 4, 2011

Bekerja- Bukan Hanya Isu Duit

Perasankah tagline blog bro.faruqi ialah ‘Fear & Trust’?

Apa yang menarik perhatian saya tentang dua perkataan ini? Seperti lebih patut dipasangkan ‘Love & Trust’ atau ‘_______(sila isi sendiri) & Trust’. Sebab itu, perkataan yang lebih tepat untuk digunakan ialah fear (taqwa). Biar kita bercerita panjang tentang taqwa pada entri saya akan datang. Kita beri perhatian kepada kombinasi 'taqwa' dan 'tawakkal'.

Dua perkataan ini yang menjadi inspirasi dan motivasi saya untuk ‘memunggah’ nilai diri saya sendiri. Sudah genap setahun saya bekerja makan gaji. Saya gagal melihat untuk apa saya bekerja. Bukan tak nampak langsung tujuan bekerja. Akan tetapi, saya hanya dapat melihat duit keluar masuk. Ia mungkin bernilai dari sudut Physical (P), akan tetapi agak kontang dengan nilai Intellectual (I), Emotional (E) dan Spiritual (S). 

Apatahlagi tugas sebagai eksekutif yang jobscope nya menuntut kepada memenuhi kehendak syarikat setiap masa Sudah tentu ia sangat memberi kesan kepada emosi. Bekerja dalam suasana yang penuh KPI sehingga kadang kala membantut kemampuan individu pekerja. KPI yang asalnya dibuat sebagai support system diharapkan dapat membantu memberi tenaga kepada setiap pekerja melihat persembahan kerja mereka setiap hari, minggu, bulan dan tahun kelihatannya seperti terlalu membeban dan lebih menyumbang kepada suasana bekerja yang tidak kondusif.

Jika diperhatikan, generasi kini mempunyai kecenderungan untuk bekerja sendiri. Istilah freelance sudah menjadi sinonim. Prosedur untuk mendaftar syarikat sendiri terlalu mudah dan murah. Manusia kini menjadi semakin memilih walaupun pengalaman bekerja masih bertatih. Daripada koleksi rungutan yang biasa saya dengar, saya boleh katakan mereka tiada motivasi dalam E, dan lebih menyedihkan mungkin tidak terlintas memikirkan keperluan spiritual.
6.       
      Apabila kita bercakap soal office hour, maka tajuk itu akan bercambah kepada isu curi tulang, kerja yang tak berkait dengan hal pejabat, tidur, facebook, jobscope dan sebagainya. Belum lagi dikaitkan dengan wang tuntutan (claim), wang bawah meja, wang entertainment, dan berbagai lagi istilah yang aneh. Pekerja sendiri terdedah kepada hilangnya keberkatan kerja. Kononnya "..benda ni biasa. Buat pejam sebelah mata sudah. Kalau tak, kau tak ke mana". Saya lebih rela tak ke mana dari ke neraka. Kebanyakannya ialah soal berkat. Bukankah perkara-perkara di atas ialah persoalan asas bagi seorang muslim untuk mencari rezeki? Sebab itu, saya kembali kepada JANJI yang pasti. Iaitu Taqwa dan Tawakkal. Kerana yang akan penuhi janji ini ialah saya dan pencipta saya. Ath-Thalaq:2-3 ialah booster dalam jiwa saya.




Saya melihat wajah-wajah bungkam di ofis apabila bos mengisytiharkan tiada bonus. Tak kurang juga ada yang bersungguh menunjukkan kekecewaan dengan gaya kreativiti masing-masing dengan berita itu. Sebagai pekerja makan gaji, kelewatan ‘gaji masuk’ juga sesuatu yang mengerikan. Keadaan ini berlaku di mana-mana. Seolah-olah inilah simptom kepada 'beriman' kepada syarikat yang memberi rezeki. Hanya syarikatlah punca rezekiku. Sedangkan di luar sana ada 1001 jalan rezeki lain yang Allah limpahkan kepada manusia. Dari sudut sunnatullah, beza antara manusia miskin dan kaya hanyalah malas dan kurang usaha. Bukan kurang harta dan benda.

Tetapi kebanyakan kita seperti telah didoktrin dengan hanya satu atau dua pilihan hidup. Sedangkan dengan jelas, hitam dan putih termaktub zaman berzaman perjanjian Allah dengan manusia bahawa Allah janjikan jalan keluar apabila kita menjaga taqwa. Jagalah taqwa..! Apakah kaitan peristiwa-peristiwa ini dengan ayat ath-Talaq di atas? Anda lebih tahu.

Secara peribadi, saya langsung tidak menolak idea untuk bekerja makan gaji. Banyak profession yang memberi ruang yang besar untuk kita menyumbang secara optimum kepada masyarakat. Saya sanggup bekerja begitu. Bekerja dengan efisiensi yang optimum. Bukan seperti kebiasaannya, “I pretend to work as long as they pretend to pay me”.

Bekerja, bukan hanya isu duit...!

Greetings, World..!

Assalamualaikum wbt..

Dear All,

I’ve started this blog to dictate some of the most wonderful memories I’ve gathered from my travels around the globe as well as to share anything that I think good to be shared.

I’m Faruqi Razali hailing from Melaka (some spell Malacca), Malaysia. Staying at Kuala Lumpur since 2006. Graduated from University of Malaya (UM) in Biomedical Engineering. I always try my best to have a closer look on the beautiful and unique things around me.

Cartooning is my hobby. Inert talent, I would say. InsyaAllah, in this little part, I’ll share with you some of them (and hopfully a lot of useful writing). I’ll try my best to make useful of this blog to contribute more to people. Whoever you are, whatever background you have, I hope you’ll enjoy my blog and messages from this humble little author.