Sunday, July 8, 2012

Saya Budak Baru

Baru-baru ini, saya sudah mula berjinak-jinak dengan rekaan kreatif (Creative Design). Terima kasih kepada sahabat karib saya sejak sekolah menengah, Muhammad Nazmie Abd Razak yang telah mengajar saya secara 'percuma' ilmu-ilmu asas teknikal perisian Adobe Photoshop. Hasil beberapa latihan, saya telah mencuba beberapa perkara.

Agak seganlah juga kalau nak tunjukkan hasilnya kepada 'otai-otai' pereka grafik. Oleh itu, awal-awal lagi saya isytiharkan ini sebagai hasil dari seorang 'orang baru' dalam bidang reka grafik.

Mock untuk business card
Pengurusan Bakat dan Kemahiran

Saya bukanlah orang yang ada pengalaman yang panjang serta ilmu yang mendalam untuk mengulas tentang industri seni ini. Namun saya berpandangan, untuk menunjukkan bakat dalam melukis kartun sahaja, sudah tentu dunia ini telah dilimpahi kartunis-kartunis yang mampu membuatkan saya pengsan melihat lakaran-lakaran artwork mereka dek kerana terlalu hebat. Begitu juga dengan karier pereka grafik, hasil-hasil tangan mereka yang melimpah-limpah di internet sudah cukup baik menilai kedudukan manusia seperti saya dalam industri ini.

Belum lagi kita bercakap soal bagaimana manusia-manusia ini menguruskan hasil-hasil seni mereka ini sehingga mampu dikomersialkan ke berbagai peringkat. Hasil-hasil yang diterjemahkan dalam bentuk cetakan dan produk, bahkan mampu membina kesanggupan manusia lain untuk membayar dengan bayaran yang tinggi. Jadi, mungkin saya boleh katakan, melukis ialah satu bab, rekaan grafik dengan lukisan (contohnya kartun) ialah satu bab, dan berniaga produk (cetakan/produk) ialah satu bab.

Jika ini berlaku, antara 'hipotesis' awal yang mungkin kita boleh katakan ialah:

1. Orang membayar 'harga' bakat kita
2. Kita tak perlu bekerja untuk duit. Kita bekerja semata-mata kita suka.
3. Kita bukan sahaja berkerjaya tanpa pembaziran bakat dan minat, bahkan peningkatan kemahiran yang sangat subur.

Antara yang membantu jalan cerita kerjaya seni ini ialah rekaan mock up. Mock up ini membantu clients/ customers anda melihat hasil akhir kerja seni anda. Tak faham ye? Okay, saya akan tunjukkan sedikit di sini satu contoh:

Kartun-kartun dimuatkan ke dalam produk dan merchandize seperti CD, baju, topi, buku dan sebagainya :)
Oh ya, jika minat anda berbeza, idea tentang pengurusan bakat ini masih lagi sama. Yang penting, anda bersedia untuk menguruskan bakat anda dengan apa cara sekalipun. Mungkin awalnya anda bekerja makan gaji dahulu sementara membina network . Mungkin anda mengambil clients dan outsource dahulu kerja-kerja production kepada rakan-rakan anda sementara menunggu ekonomi anda cukup stabil dan matang untuk membuka syarikat sendiri.

Apa yang dirasakan berguna untuk menjadi perkongsian, bolehlah dimanfaatkan. Saya hanya budak baru.. :)

Untuk post akan datang, saya akan ceritakan tentang client pertama saya, insyaAllah.. :D

No comments:

Post a Comment