Thursday, March 29, 2012

Layan blues 'like a Dad'

Sentuhan Cat Stevens a.k.a Yusuf dan Ronan Keating berjaya memenuhi kehendak mood saya ketika ini.. :D


Father:
It's not time to make a change
Just relax, take it easy.
You're still young, that's your fault
There's so much you have to know.
Find a girl, settle down
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.

I was once like you are now, and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on.
But take your time, think a lot
Why, think of everything you've got.
For you will still be here tomorrow
But your dreams may not.

Son:
How can I try to explain, when I do he turns away again
It's always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now there's a way and I know that I have to go away.

Father:
It's not the time to make a change
Just sit down, take it slowly.
You're still young, that's your fault.
There's so much you have to go through.
Find a girl, settle down, if you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.

Son:
All the times that I cried, keeping all the things I knew inside
It's hard, but it's harder to ignore it.
If they were right, I'd agree, but it's them you know not me.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.

Tuesday, February 28, 2012

Forum 'From Hero To Zero'


Dari web pembinakl.com:


Salam ‘alaik,
Bismillahirrahmanirrahim.

 “…..Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri…..”(Al-Ra’d : 11)

{Tawaran menarik buat belia di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yg berdekatan!}


~ Mencari identiti dan titik kehebatan dalam diri?
~Ingin memecahkan kepompong yang menghalang anda untuk melangkah secara infiniti?
~Menjadi orang kepercayaan dalam kalangan masyarakat?
~Memadam istilah-istilah negatif dalam kamus hidup malah melonjakkan potensi diri yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT?
~Berdiri di tengah-tengah masyarakat dengan aura dan fenomena yang tersendiri..?

Ayuh, kuasai semua cahaya di hadapan cita-cita anda!

Sertai kami (PEMBINA Kuala Lumpur dengan kerjsama AKIUM) dan kita kongsi rahsia menjadi individu superb! ^_^
insyaAllah

~MEDIA PEMBINAKL~

Monday, February 27, 2012

ISAC Studio Melangkah Setapak Lagi

Apalagi ucapan selain kesyukuran yang tak terhingga kepadaNya. ISAC Studio buat pertama kalinya menyatukan otai-otai web dan design untuk menjayakan ‘Design & Web Crash Course’ pada 25&26 Februari 2012 lalu. Sebelum ini, kami bergerak secara individu menghadap kerja masing-masing dengan kepakaran masing-masing. Bagaimana saya mengenali mereka?
Muhammad Nazmie Abd Razak (sahabat karib saya sejak di MOZAC. Banyak berkongsi rasa, & idea)- Graphic Designer, Founder ISAC Studio.
Mohd Rafie Kamaruzaman (Presiden ISAC pertama di Kolej MARA Banting sebelum Nazmie. Iaitu sejak ISAC masih lagi hanya berstatus kelab pelajar)-
Jauhari Iskandar a.k.a Akhi Joe (Junior saya di MOZAC. Persatuan Badan Dakwah & Kerohanian banyak menemukan kami. 
Kami berkongsi impian yang sama, mempunyai hala tuju yang sama walaupun minat pada perkara yang berbeza. ISAC Studio kini dengan penampilan rasmi yang segar. Kami membina identiti dan mengemaskan usaha kami satu demi satu. Nyata sabar itu perlu, hingga tiba masanya kita menuai hasil sepanjang jalan. Ujian takkan sunyi bahkan setia menemani manusia-manusia yang membina impian.

Hasil kursus yang telah kami anjurkan buat pertama kali ini, alhamdulillah mata dan hati saya menikmati kepuasan yang dilahirkan dari para peserta. Mereka bergerak dari aras beginners kepada intermediate. Sesuatu yang sukar dilakukan tanpa booster dari trainers yang telah membimbing dan berkongsi intipati ilmu teknikal ini. Apabila diteliti senarai objektif yang telah penganjur sasarkan, ternyata tidak hampa. Tahniah kepada peserta-peserta yang telah mengikuti kursus ini. Semoga dimanfaatkan untuk pembangunan ummah.

Monday, January 2, 2012

Bengkel Subhanallah Effect


31 Disember 2011- Menikmati hari terakhir tahun 2011. Saya dan isteri keluar rumah seawal 7.00 pagi menuju ke Bangi. Antara agenda utama ialah menghadiri bengkel 3 jam-‘Subhanallah Effect. Bersarapan bersama Tn. Fazrul Ismail yang juga pembentang modul Subhanallah Effect mejadikan sarapan pagi itu terisi perut dan jiwa.

3 jam bengkel hanyalah asas modul tentang idea Subhanallah Effect. Seperti tajuknya, ini ialah usaha untuk membantu manusia kembali menyelongkar ‘ruh’ ungkapan ‘Subhanallah’. Acapkali kita melafazkannya dengan lafaz yang kosong. 10 kali, 33 kali, 100 kali, berapa banyak pun kita melafazkannya, jiwa tak tersentuh, hati tak terusik. Ia hanya menjadi makanan lidah tanpa cernaan hati.

Berlainan pula apabila deria kita menikmati sesuatu yang indah, hebat, mengagumkan. Acapkali hati dan lidah kita seia mendahulukan lafaz “Perghhh..!, Wow...!, Fulamak..!” dan sebagainya. ‘Ranggi’ bunyinya walaupun tanpa makna. Dalam keadaan ini, di mana lafaz “Subhanallah”? Senario ini menggambarkan betapa hati kita kurang ataupun tidak bersama Allah. Tidak selalu hati kita memilih untuk menyandarkan perkara yang indah, hebat dan mengagumkan kepada Allah.

Perkara yang benar-benar mengusik benak fikiran saya ialah apabila trend ‘iman’ manusia kini ialah menunggu perkara aneh dan gempar untuk kembali menjadikan iman sebagai perkara yang akan dinilai semula. Perlukan cerita wali-wali yang gempar, cerita mayat bertukar menjadi khinzir, gambar kisah anak derhaka dibalun di dalam kubur, ikan bercorak kalimah ‘Allah’, awan berarak dengan formasi ‘Allah’, pokok sujud ke arah kiblat, dan segala macam ‘mukjizat’ alam, barulah iman terjentik. Bagaimana perihalnya dengan rutin alam dan tebaran sunnatullah yang memenuhi ruang alam dan masa?



“For those who asked for signs, have We not shown you enough already? Look around you, look at the sun, look at water, these are the signs for the people of knowledge”
-Al-Quran-

Subhanallah...

Ini hanya sebahagian kecil dari mukaddimah. Selebihnya, anda dijemput ke bengkel tersebut. Terdapat modul, aktiviti ringkas, dan dinamika yang menarik sesuai dengan pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Saya mendoakan Allah memberkati usaha Tn. Fazrul Ismail. Semoga tahun 2012 menjadi tahun yang bermakna buat kita semua. Tidak di dunia, mudah-mudahan di sana.

Thursday, December 29, 2011

Apabila Hobi Menjadi Kerja


Jika hobi anda ialah memancing, adakah anda rasa tertekan jika anda perlu memancing sehingga pukul 3.00 pagi? Jika hobi anda melukis, adakah melukis sebelum tidur itu suatu tekanan? Jika hobi anda membaca, adakah perpustakaan itu tempat yang membosankan bagi anda? Dengan kadar sederhana, setiap dari kita pasti bersepakat bahawa mereka tiada masalah dengan apa yang mereka lakukan. Kerana apabila bercakap tentang hobi, tiada istilah overtime (OT), working hours, atau tuntutan (claim). OT dan working hours tidak didefinisikan, bahkan claim itu dianggap laburan (investment).

Sesetengah manusia pula mungkin memandang pekerjaan mereka sebagai tuntutan. Tak minat, tapi terus bekerja atas rasa tanggungjawab. Sudah belajar bidang kedoktoran hingga jika terfikir ingin menukar professi, ia merupakan kezaliman dan ‘pengkhianatan’ terhadap ilmu yang dipelajari bertahun-tahun. Redha walaupun semakin sedar diri sendiri tidak minat bekerja sebagai doktor. Begitu juga konflik yang berlaku di kalangan pelajar kejuruteraan, pengajian Islam, sains sukan dan sebagainya. Namun, mereka masih boleh mengutip motivasi dari berbagai sumber untuk mengekalkan prestasi dan meningkatkan minat. Apakah yang lebih teruk?

Lebih teruk apabila segolongan manusia yang lain bekerja tanpa ada minat, tanpa rasa ia merupakan tuntutan, bahkan sekadar ulang alik ke tempat kerja dengan perasaan yang kosong. Rutinnya aimless. Biasanya faktor pendesaknya ialah wang atau nilai fizikal yang lain. Jarang ada cabaran dalam pekerjaan. Mungkin suasana kerjanya warna warni tetapi kebanyakan warnanya ialah kelabu dan gelap. Terlalu kurang unsur motivasi internal. Teruk juga saya mencirikan dunia kategori ketiga ini. Namun, gaya kerja begini wujud merata-rata. Saya percaya, wujud kategori yang keempat, kelima dan seterusnya. Teori rambang saya ini hanya terbina atas pengalaman yang terlalu kerdil. Cuma menarik dibincangkan apabila saya melihat perkara ini berlaku secara konsisten dalam dunia pekerja.

Orang yang berjaya menjadikan kerja itu hobi biasanya boleh bekerja tanpa limit masa tertentu, tempat tertentu, dan kayu ukur tertentu. Seorang kartunis, yang memang minatnya melukis tiada masalah untuk melukis bila-bila masa yang dia kehendaki, bahkan melukis di kedai kopi pun boleh menjadi. Kerjanya akan jauh lebih efisyen apabila minat (emosi), bakat atau kepakaran (intelek), berinteraksi dengan wang (fizikal) dengan nada harmoni. Semuanya menjadi modal motivasi untuk kartunis itu bekerja dengan cemerlang.  Bahkan kartunis tersebut sanggup belajar lebih untuk meningkatkan mutu, kualiti dan persembahan hasil seninya. Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dan berbagai perisian grafik ialah salah satu ruang improvement yang akan menjadi ‘permainan’ mereka.

Apabila manusia semakin berfikir nilai-nilai ini, manusia semakin bersifat ‘memberontak’ terhadap sesuatu yang mengongkong salah satu elemen tersebut. Bayangkan kerjaya kartunis hanya boleh dilakukan batasan waktu tertentu sahaja. Elemen emosi (E) akan terjejas. Bagaimana pula jika kartunis itu dibayar secara tetap sebanyak RM1500 sebulan sedangkan dia mampu peroleh jauh lebih banyak dengan kadar usahanya? Eleman fizikal (P) akan terjejas. Atau bagaimana jika dia menjadi kartunis bukan kerana kepakaran atau bakatnya? Elemen yang terjejas dari awal lagi ialah elemen intelek (I). Sedar tak sedar, elemen yang menjadi tunjang kepada semua ini ialah elemen rohani (S).

Suasana budaya kerja yang kondusif perlu dibina dengan cermat supaya semua nilai dalam elemen-elemen boleh berfungsi dengan optimum. Kenali potensi diri, berfikir hala tuju umur dunia, sentiasalah ingat status hamba kita untuk martabat hidup yang lebih mulia di ‘sana’.

Thursday, December 15, 2011

Program Motivasi Al-Quran (MAQ)

Mengajar memang minat saya. Oleh itu saya pernah membuat keputusan untuk  menjadikan ‘pensyarah’ sebagai karier saya. Namun, saya sedar bahawa laluan saya ke arah itu terlalu sukar. Hampir semua peluang yang ada, saya usahakan sebaiknya dalam keadaan saya percaya dan yakin dengan ‘jalan cerita’Nya yang penuh hikmah.
Bahkan keputusan saya untuk menjadi Sales Enginner juga disebabkan saya suka untuk memberi talk dan user training kepada clients. Ketika kerja makan gaji sebagai Sales Engineer atau Business Executive, saya langsung tak berminat untuk mengejar sales performance yang dinilai setiap hari oleh supervisor. Saya boleh bersembang berjam-jam bersama clients tanpa bercerita soal harga dan jualan. 70% perbualan saya bercerita tentang pengetahuan dan kehidupan. Serba salah juga saya dibuatnya. Bekerja dengan hati yang separuh-separuh. Tidak sepenuh hati.

Program-program pengisian- kursus, motivasi, latihan dan seumpamanya ialah aktiviti kegemaran saya sejak di zaman kampus. Dengan penglibatan aktif dalam beberapa persatuan dan NGO, terlalu banyak jalan mudah untuk menjana wang dan idea ketika masih memegang status mahasiswa. Terlalu besar ruang untuk kita sendiri berfikir untuk mengisi dada-dada muslim dengan pengisian membangun jiwa. Saya berfikir, sudah tentu ini lebih seronok. Melibatkan diri dalam dunia consultancy merupakan alternatif yang baik untuk proses intregasi kebolehan setelah menjauhi usia kampus. Saya mula meninjau peluang-peluang yang ada.

Program Motivasi Al-Quran anjuran Infitah Training & Consultancy. Pada hari pertama program, saya diberi amanah untuk menjadi ketua fasilitator (5-9 Disember 2011)

Minat saya terlalu berbagai. Ringkasnya, minat saya dalam melukis kartun, capability untuk membuat sales, dan gemar dunia mensyarah boleh di’zip file’kan dalam dunia consultancy. Menjadi pensyarah di alam selain universiti, menjadi kartunis bukan semestinya dalam dunia majalah, dan menjadi business executive tanpa bekerja dalam suasana yang penuh ‘KPI’. Saya percaya, peluang yang ada lebih dari itu. Saya temui satu demi satu. Untuk yang pertama, saya bersama team Infitah Training & Consultancy untuk membantu mereka mengembangkan dunia pendidikan dan dakwah Islam. Mereka ada cara mereka sendiri. Namun, saya selesa dan serasi dengan idea dan konsep yang dikongsi. Mudah-mudahan, Brotherhood Academy dapat berjalan seiring dengan nada kerjasama.

Tuesday, October 4, 2011

Bekerja- Bukan Hanya Isu Duit

Perasankah tagline blog bro.faruqi ialah ‘Fear & Trust’?

Apa yang menarik perhatian saya tentang dua perkataan ini? Seperti lebih patut dipasangkan ‘Love & Trust’ atau ‘_______(sila isi sendiri) & Trust’. Sebab itu, perkataan yang lebih tepat untuk digunakan ialah fear (taqwa). Biar kita bercerita panjang tentang taqwa pada entri saya akan datang. Kita beri perhatian kepada kombinasi 'taqwa' dan 'tawakkal'.

Dua perkataan ini yang menjadi inspirasi dan motivasi saya untuk ‘memunggah’ nilai diri saya sendiri. Sudah genap setahun saya bekerja makan gaji. Saya gagal melihat untuk apa saya bekerja. Bukan tak nampak langsung tujuan bekerja. Akan tetapi, saya hanya dapat melihat duit keluar masuk. Ia mungkin bernilai dari sudut Physical (P), akan tetapi agak kontang dengan nilai Intellectual (I), Emotional (E) dan Spiritual (S). 

Apatahlagi tugas sebagai eksekutif yang jobscope nya menuntut kepada memenuhi kehendak syarikat setiap masa Sudah tentu ia sangat memberi kesan kepada emosi. Bekerja dalam suasana yang penuh KPI sehingga kadang kala membantut kemampuan individu pekerja. KPI yang asalnya dibuat sebagai support system diharapkan dapat membantu memberi tenaga kepada setiap pekerja melihat persembahan kerja mereka setiap hari, minggu, bulan dan tahun kelihatannya seperti terlalu membeban dan lebih menyumbang kepada suasana bekerja yang tidak kondusif.

Jika diperhatikan, generasi kini mempunyai kecenderungan untuk bekerja sendiri. Istilah freelance sudah menjadi sinonim. Prosedur untuk mendaftar syarikat sendiri terlalu mudah dan murah. Manusia kini menjadi semakin memilih walaupun pengalaman bekerja masih bertatih. Daripada koleksi rungutan yang biasa saya dengar, saya boleh katakan mereka tiada motivasi dalam E, dan lebih menyedihkan mungkin tidak terlintas memikirkan keperluan spiritual.
6.       
      Apabila kita bercakap soal office hour, maka tajuk itu akan bercambah kepada isu curi tulang, kerja yang tak berkait dengan hal pejabat, tidur, facebook, jobscope dan sebagainya. Belum lagi dikaitkan dengan wang tuntutan (claim), wang bawah meja, wang entertainment, dan berbagai lagi istilah yang aneh. Pekerja sendiri terdedah kepada hilangnya keberkatan kerja. Kononnya "..benda ni biasa. Buat pejam sebelah mata sudah. Kalau tak, kau tak ke mana". Saya lebih rela tak ke mana dari ke neraka. Kebanyakannya ialah soal berkat. Bukankah perkara-perkara di atas ialah persoalan asas bagi seorang muslim untuk mencari rezeki? Sebab itu, saya kembali kepada JANJI yang pasti. Iaitu Taqwa dan Tawakkal. Kerana yang akan penuhi janji ini ialah saya dan pencipta saya. Ath-Thalaq:2-3 ialah booster dalam jiwa saya.




Saya melihat wajah-wajah bungkam di ofis apabila bos mengisytiharkan tiada bonus. Tak kurang juga ada yang bersungguh menunjukkan kekecewaan dengan gaya kreativiti masing-masing dengan berita itu. Sebagai pekerja makan gaji, kelewatan ‘gaji masuk’ juga sesuatu yang mengerikan. Keadaan ini berlaku di mana-mana. Seolah-olah inilah simptom kepada 'beriman' kepada syarikat yang memberi rezeki. Hanya syarikatlah punca rezekiku. Sedangkan di luar sana ada 1001 jalan rezeki lain yang Allah limpahkan kepada manusia. Dari sudut sunnatullah, beza antara manusia miskin dan kaya hanyalah malas dan kurang usaha. Bukan kurang harta dan benda.

Tetapi kebanyakan kita seperti telah didoktrin dengan hanya satu atau dua pilihan hidup. Sedangkan dengan jelas, hitam dan putih termaktub zaman berzaman perjanjian Allah dengan manusia bahawa Allah janjikan jalan keluar apabila kita menjaga taqwa. Jagalah taqwa..! Apakah kaitan peristiwa-peristiwa ini dengan ayat ath-Talaq di atas? Anda lebih tahu.

Secara peribadi, saya langsung tidak menolak idea untuk bekerja makan gaji. Banyak profession yang memberi ruang yang besar untuk kita menyumbang secara optimum kepada masyarakat. Saya sanggup bekerja begitu. Bekerja dengan efisiensi yang optimum. Bukan seperti kebiasaannya, “I pretend to work as long as they pretend to pay me”.

Bekerja, bukan hanya isu duit...!