Saturday, June 16, 2012

Karikatur Pertama Saya

Walaupun saya minat melukis sejak kecil, saya belum pernah mencuba lukisan lukisan portrait atau karikatur. Jadi, apabila ada orang bertanya "awak boleh lukis muka saya?" Saya ada masalah untuk menjawab soalan itu selagi saya belum mencuba. Tak mengapa, setiap sesuatu pasti ada pertama kalinya. Jadi, inilah karikatur pertama saya.

Lukisan ini ditempah oleh seorang ahli perniagaan untuk dicetak dalam button badge katanya :)
Saya fikir, hasil dan kualitinya belum mencapai tahap intermediate pun. Sangat amatur dan memerlukan latihan yang banyak. Jadi, apa yang saya perlu lakukan pada masa akan datang? Berlatih dan terus berlatih!

Tuesday, April 10, 2012

ISAC Inaugural Program

Mei 2012- ISAC Studio akan anjurkan beberapa siri latihan dengan kerjasama Komik-M, MalaysiaKini, & Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya (AKIUM). Mari lihat apakah perancangan Mei kami?
1. ISAC Studio Graphic Design & Web

    Co-organizer : Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya (AKIUM)
    Venue           : LabCom Biomedical Engineering Department
    Date             : 12-13 May 2012
    Max volume  : 30

2. ISAC Studio E-Store

    Co-organizer : Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya (AKIUM)
    Venue           : LabCom Biomedical Engineering Department
    Date             : 19-20 May 2012
    Max volume  : 30

3. ISAC Studio School Holiday

    Co-organizer : Komik-M
    Venue           : MyHomme Training Room, Tmn Kajang Impian, Bdr Baru Bangi
    Date             : 26-27 May 2012
    Max volume  : 40

4. Malaysiakini New Media School

    Co-organizer : Malaysiakini
    Venue           : Malaysiakini Office
    Date             : 16-17 May 2012
    Reference     : http://school.malaysiakini.com/kursus-asasi-reka-grafik-pembinaan-laman-sesawang/




Tuesday, April 3, 2012

Another Sleepless Night

Di kala manusia itu terasa sempit dengan masa, terasa dihimpit dengan bebanan kewangan, terasa perit dengan siri-siri ujian, biasanya kita lupa bahawa bentuk rezeki lain datang mencurah-curah. Masakan masalah sebeban yang dibawa pulang dari pejabat boleh hilang serta merta bila melihat wajah isteri dan anak yang menyamankan jiwa? Tenang dengan suara sokongan isteri yang terus menerus merujikan kata-kata semangatnya. Tenteram hati mendengar suara anak-anak pewaris perjuangan.

Bersangka baiklah kepada Allah. Semoga Allah memberi nikmat kesyukuran ini tanpa noktah. Alhamdulillah, in my sleepless nights, He provides...



You are miracle
you are a blessing from above
You brought joy to my soul
And pleasure to my eyes
In my heart I can feel it
An unexplainable feeling
Being a father
The best thing that I could ever ask for

Just thinking of you makes me smile
Holding you, looking in your eyes
I'm so greatful for having you
And everyday i pray
I pray that you'll find your way

You know I love you, I love you
My little girl, my little girl
I ask God to bless you, and protect you always
My little girl, my little girl

You're like a shining star
So beautiful you are
My baby girl
You light up my world
I pray that I'll get the chance
To be around and watch you grow
And witness your first steps \
And the first time when you will call me 'Dad'

I could spend hours watching you
You're so innocent, so wonderful and pure
O God I can not express my gratitude
But I'll raise her good, cause all I want is to please You
And now I pray You'll guide her steps forever

Thursday, March 29, 2012

Layan blues 'like a Dad'

Sentuhan Cat Stevens a.k.a Yusuf dan Ronan Keating berjaya memenuhi kehendak mood saya ketika ini.. :D


Father:
It's not time to make a change
Just relax, take it easy.
You're still young, that's your fault
There's so much you have to know.
Find a girl, settle down
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.

I was once like you are now, and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on.
But take your time, think a lot
Why, think of everything you've got.
For you will still be here tomorrow
But your dreams may not.

Son:
How can I try to explain, when I do he turns away again
It's always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now there's a way and I know that I have to go away.

Father:
It's not the time to make a change
Just sit down, take it slowly.
You're still young, that's your fault.
There's so much you have to go through.
Find a girl, settle down, if you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.

Son:
All the times that I cried, keeping all the things I knew inside
It's hard, but it's harder to ignore it.
If they were right, I'd agree, but it's them you know not me.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.

Tuesday, February 28, 2012

Forum 'From Hero To Zero'


Dari web pembinakl.com:


Salam ‘alaik,
Bismillahirrahmanirrahim.

 “…..Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri…..”(Al-Ra’d : 11)

{Tawaran menarik buat belia di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yg berdekatan!}


~ Mencari identiti dan titik kehebatan dalam diri?
~Ingin memecahkan kepompong yang menghalang anda untuk melangkah secara infiniti?
~Menjadi orang kepercayaan dalam kalangan masyarakat?
~Memadam istilah-istilah negatif dalam kamus hidup malah melonjakkan potensi diri yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT?
~Berdiri di tengah-tengah masyarakat dengan aura dan fenomena yang tersendiri..?

Ayuh, kuasai semua cahaya di hadapan cita-cita anda!

Sertai kami (PEMBINA Kuala Lumpur dengan kerjsama AKIUM) dan kita kongsi rahsia menjadi individu superb! ^_^
insyaAllah

~MEDIA PEMBINAKL~

Monday, February 27, 2012

ISAC Studio Melangkah Setapak Lagi

Apalagi ucapan selain kesyukuran yang tak terhingga kepadaNya. ISAC Studio buat pertama kalinya menyatukan otai-otai web dan design untuk menjayakan ‘Design & Web Crash Course’ pada 25&26 Februari 2012 lalu. Sebelum ini, kami bergerak secara individu menghadap kerja masing-masing dengan kepakaran masing-masing. Bagaimana saya mengenali mereka?
Muhammad Nazmie Abd Razak (sahabat karib saya sejak di MOZAC. Banyak berkongsi rasa, & idea)- Graphic Designer, Founder ISAC Studio.
Mohd Rafie Kamaruzaman (Presiden ISAC pertama di Kolej MARA Banting sebelum Nazmie. Iaitu sejak ISAC masih lagi hanya berstatus kelab pelajar)-
Jauhari Iskandar a.k.a Akhi Joe (Junior saya di MOZAC. Persatuan Badan Dakwah & Kerohanian banyak menemukan kami. 
Kami berkongsi impian yang sama, mempunyai hala tuju yang sama walaupun minat pada perkara yang berbeza. ISAC Studio kini dengan penampilan rasmi yang segar. Kami membina identiti dan mengemaskan usaha kami satu demi satu. Nyata sabar itu perlu, hingga tiba masanya kita menuai hasil sepanjang jalan. Ujian takkan sunyi bahkan setia menemani manusia-manusia yang membina impian.

Hasil kursus yang telah kami anjurkan buat pertama kali ini, alhamdulillah mata dan hati saya menikmati kepuasan yang dilahirkan dari para peserta. Mereka bergerak dari aras beginners kepada intermediate. Sesuatu yang sukar dilakukan tanpa booster dari trainers yang telah membimbing dan berkongsi intipati ilmu teknikal ini. Apabila diteliti senarai objektif yang telah penganjur sasarkan, ternyata tidak hampa. Tahniah kepada peserta-peserta yang telah mengikuti kursus ini. Semoga dimanfaatkan untuk pembangunan ummah.

Monday, January 2, 2012

Bengkel Subhanallah Effect


31 Disember 2011- Menikmati hari terakhir tahun 2011. Saya dan isteri keluar rumah seawal 7.00 pagi menuju ke Bangi. Antara agenda utama ialah menghadiri bengkel 3 jam-‘Subhanallah Effect’. Bersarapan bersama Tn. Fazrul Ismail yang juga pembentang modul Subhanallah Effect mejadikan sarapan pagi itu terisi perut dan jiwa.

3 jam bengkel hanyalah asas modul tentang idea Subhanallah Effect. Seperti tajuknya, ini ialah usaha untuk membantu manusia kembali menyelongkar ‘ruh’ ungkapan ‘Subhanallah’. Acapkali kita melafazkannya dengan lafaz yang kosong. 10 kali, 33 kali, 100 kali, berapa banyak pun kita melafazkannya, jiwa tak tersentuh, hati tak terusik. Ia hanya menjadi makanan lidah tanpa cernaan hati.

Berlainan pula apabila deria kita menikmati sesuatu yang indah, hebat, mengagumkan. Acapkali hati dan lidah kita seia mendahulukan lafaz “Perghhh..!, Wow...!, Fulamak..!” dan sebagainya. ‘Ranggi’ bunyinya walaupun tanpa makna. Dalam keadaan ini, di mana lafaz “Subhanallah”? Senario ini menggambarkan betapa hati kita kurang ataupun tidak bersama Allah. Tidak selalu hati kita memilih untuk menyandarkan perkara yang indah, hebat dan mengagumkan kepada Allah.

Perkara yang benar-benar mengusik benak fikiran saya ialah apabila trend ‘iman’ manusia kini ialah menunggu perkara aneh dan gempar untuk kembali menjadikan iman sebagai perkara yang akan dinilai semula. Perlukan cerita wali-wali yang gempar, cerita mayat bertukar menjadi khinzir, gambar kisah anak derhaka dibalun di dalam kubur, ikan bercorak kalimah ‘Allah’, awan berarak dengan formasi ‘Allah’, pokok sujud ke arah kiblat, dan segala macam ‘mukjizat’ alam, barulah iman terjentik. Bagaimana perihalnya dengan rutin alam dan tebaran sunnatullah yang memenuhi ruang alam dan masa?



“For those who asked for signs, have We not shown you enough already? Look around you, look at the sun, look at water, these are the signs for the people of knowledge”
-Al-Quran-

Subhanallah...

Ini hanya sebahagian kecil dari mukaddimah. Selebihnya, anda dijemput ke bengkel tersebut. Terdapat modul, aktiviti ringkas, dan dinamika yang menarik sesuai dengan pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Saya mendoakan Allah memberkati usaha Tn. Fazrul Ismail. Semoga tahun 2012 menjadi tahun yang bermakna buat kita semua. Tidak di dunia, mudah-mudahan di sana.