![]() |
Mock untuk business card |
Saya bukanlah orang yang ada pengalaman yang panjang serta ilmu yang mendalam untuk mengulas tentang industri seni ini. Namun saya berpandangan, untuk menunjukkan bakat dalam melukis kartun sahaja, sudah tentu dunia ini telah dilimpahi kartunis-kartunis yang mampu membuatkan saya pengsan melihat lakaran-lakaran artwork mereka dek kerana terlalu hebat. Begitu juga dengan karier pereka grafik, hasil-hasil tangan mereka yang melimpah-limpah di internet sudah cukup baik menilai kedudukan manusia seperti saya dalam industri ini.
Belum lagi kita bercakap soal bagaimana manusia-manusia ini menguruskan hasil-hasil seni mereka ini sehingga mampu dikomersialkan ke berbagai peringkat. Hasil-hasil yang diterjemahkan dalam bentuk cetakan dan produk, bahkan mampu membina kesanggupan manusia lain untuk membayar dengan bayaran yang tinggi. Jadi, mungkin saya boleh katakan, melukis ialah satu bab, rekaan grafik dengan lukisan (contohnya kartun) ialah satu bab, dan berniaga produk (cetakan/produk) ialah satu bab.
Jika ini berlaku, antara 'hipotesis' awal yang mungkin kita boleh katakan ialah:
1. Orang membayar 'harga' bakat kita
2. Kita tak perlu bekerja untuk duit. Kita bekerja semata-mata kita suka.
3. Kita bukan sahaja berkerjaya tanpa pembaziran bakat dan minat, bahkan peningkatan kemahiran yang sangat subur.
Antara yang membantu jalan cerita kerjaya seni ini ialah rekaan mock up. Mock up ini membantu clients/ customers anda melihat hasil akhir kerja seni anda. Tak faham ye? Okay, saya akan tunjukkan sedikit di sini satu contoh:
![]() |
Kartun-kartun dimuatkan ke dalam produk dan merchandize seperti CD, baju, topi, buku dan sebagainya :) |
Apa yang dirasakan berguna untuk menjadi perkongsian, bolehlah dimanfaatkan. Saya hanya budak baru.. :)
Untuk post akan datang, saya akan ceritakan tentang client pertama saya, insyaAllah.. :D